
Lama bebenor tak update AtiaDia Kraf Kreatif ini, minta maaf sangat-sangat. Atas faktor masa yang sememangnya sentiasa mencemburui kita di tambah pula kesibukkan menggalas title pelajar Universiti memerlukan komitmen yang tinggi. Owner perlu bijak membahagikan masa dengan sebaiknya, supaya hobi mengait ini tidak mengganggu pelajaran.
Alhamdulillah, nikmat cuti semester selama sebulan owner manfaatkan sebaiknya untuk menyiapkan tempahan yang terpaksa di tunda atas sebab sibuk dengan kelas dan final exam. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia menanti tempahan di siapkan.
Jom kita tengok antara tempahan yang sudah owner siapkan... :) Kalau ada yang berkenan boleh la buat tempahan.
Beg Silang Besar Berzip (Biru+Pink)
Beg silang Besar Berzip (Hitam) Rekaan pertama yang dihasilkan untuk lelaki
Sarung Handset Jerut (Pink+Hijau)
Siap untuk di pos
lagi untuk di pos
Semua sekali...
Ada lagi 2 beg silang besar perlu di siapkan. Insya Allah, selepas itu akan berusaha menyiapkan stok Untuk Jualan Mega akan datang. Insya Allah kami menjanjikan harga terbaik untuk pelanggan-pelanggan setia semua. B)
No comments:
Post a Comment